assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera kepada orang yang bukan beragama islam. Nama saya ialah Muhammad Ikhwan bin Hanafi. Anak pertama dalam 5 orang adik beradik. lahir pada tahun 1993(20tahun). Sekolah agama sejak umur 7 hingga 16 tahun dan menamatkan sesi persekolahan pada tahun 2010. Dan kini bergelut dengan masalah penolakan Universiti yang menyebabkan saya tidak ada peluang untuk sambung ke universiti melainkan mengulangi peperiksaan SPM(result tak cantik la katakan). walaubagaimanapun saya tidak akan berhenti berusaha untuk melanjutkan pelajaran sehingga mendapat PHD pertama saya, InsyaAllah!
Hari ini merupakan hari pertama dalam hidup saya menulis satu blog mengenai diri saya selain menulis tentang blog yang berkaitan tentang perniagaan. Saya rasa amat bersyukur kerana Allah mengerakkan pintu hati saya untuk mengenali lebih dalam tentang ''Spiritual'' dalam islam dan juga dalam perniagaan selepas saya mengikuti seminar yang dibuat oleh ''Mentor Bisnes'' saya iaitu Dr Azizan Osman. selepas saya mengikuti seminar ini baru lah saya sedar bahawasanya saya amat memerlukan 5 perkara untuk berjaya, iaitu Mentor, Eilmu(ilmu+emosi), Sistem, Tindakan dan Impian. 5 perkara ini yang dikenali sebagai M'E'S'T'I harus dipupuk didalam minda setiap Usahwan itu.
Sedikit tentang pengalaman hidup pekerjaan saya. Dulu memang tidak boleh dinafikan bahawa saya mempunyai pemikiran yang sangat cetek, tidak dapat membezakan kehidupan dan keseronokan(kelalaian). Dan alhamdulillah saya diperkenalkan oleh rakan saya untuk menyertai satu syarikat MLM yang telah banyak mengajar saya ilmu perniagaan. Disini saya menimba banyak ilmu bagaimana hendak meningkatkan keyakinan diri apabila menghadapi pelanggan. terima kasih saya ucapkan kepada Mentor-mentor saya, tak akan saya lupakan jasa baik mereka. Tetapi pada suatu hari tiba-tiba terdetik hati saya untuk datang ke seminar dr azizan osman yang berjudul SEMINAR LUAR BIASA. dari situ saya mula mengenali alam bisnes diluar sana. Baru lah saya tahu betapa besarnya peluang yang Allah berikan kepada kita untuk memulakan bisnes. setahu saya cuma didalam MLM sahaja boleh memiliki pendapatan lumayan, oh rupa-rupanya terlalu banyak bisnes yang boleh melonjakkan kita menjadi seorang Jutawan. InsyaAllah suatu hari nanti saya juga ada bisnes yang banyak seperti Mentor saya Dr Azizan Osman. Alhamdulillah berkat rezeki Tuhan beri hari ini saya dapat memulakan bisnes pertama saya iaitu Company Secretarial. InsyaAllah saya juga ingin membuka Stall Burger Bakar sebagai bisnes kedua saya pada hari akan datang.
Alhamdulillah selepas saya mengikuti Intensif Jutawan Industi(IJI), saya dapat rasakan menjadi seorang Pemimpin dalam sebuah industri tidak lah susah seperti mana yang kita sangkakan selama ini, janji Marketing kene Power Gilerrr! Power Gilerrr tu la yang akan menlonjakkan kita ke persada dunia dan automatik mengelar kita sebagai Jutawan Industri InsyaAllah.
itu sahaja daripada saya setakat ini, sekiranya tiada aral melintang akan saya kemaskini cerita seterusnya dalam kisah hidup saya.. btw, saya dah daftar IMKK untuk december ini.. jumpa anda disana. ANDALAH JUTAWAN INDUSTRI.
No comments:
Post a Comment